Saturday, October 31, 2015

Nikmat yang Sempurna

"Wahai Tuhanku, tunjukkan aku jalan menuju-Mu, jangan biarkan aku terkapai-kapai sendirian tanpa pimpinan-Mu. Wahai Tuhanku, ajari aku tetang nikmat-Mu, kasih-Mu moga aku bisa melafazkan kata rindu buatmu sentiasa... Tuhan, bawaku ke syurga-Mu."


Sungguh, cinta TUHAN itu agung. DIA tidak pernah lupakan kita walaupun DIA sering kita jauhi. Nikmat diberi adalah percuma demi mengharapkan rasa syukur kepada-Nya. Namun kita alpa... semua nikmat diterima tanpa rasa cukup, bahkan mahu yang lebih lagi.

Namun, ALLAH tetap memberi dengan kasih sayang tanpa batas. Hakikatnya, nikmat itulah yang mengajar kita untuk menjadi khalifah yang sedar akan hakikat kehidupan di dunia sementara ini. Justeru, mohonlah agar DIA sentiasa ajari kita kerana DIAlah nadi kehidupan ini...

#DakwahSilver

No comments:

Post a Comment