Dunia Baru
Assalamualaikum w.b.t.
Lama dah tak menulis. Alhamdilullah saya dah masuk universiti dan mengambil kursus diploma sains komputer di bawah fakulti sains komputer dan matematik.
Sains komputer? Coding? HTML? C++? JAVA?.... YUP! bidang itulah yang saya ambil. huhu walaupun tak berkaitan dengan sains tulen akaun yang saya ambil waktu di sekolah menengah. Alhamdulillah, bidang yang saya sambung ni InshaAllah ada hikmah untuk saya.

KETENTUAN
Selepas keputusan SPM diumumkan, saya memang berniat untuk sambung IPG iaitu bidang perguruan Kaunseling. Saya buatlah permohonan untuk ke IPG dan dapat untuk menghadiri sesi temuduga di IPG. Ha kalau korang tak tahu nak masuk IPG ni susah tau.. banyak pula tu syarat2 nyaa.. ye la mereka nak tapis The Best untuk didik generasi akan datang. Ada dua sesis temuduga satu Ujian bertulis dan dua Temuduga dan Ujian Kecergasan. alhamdulillah saya lepas saringan pertama dan masuk ke saringan kedua.. tapi perjalanan saya sampai situ sahaja..
Waktu tu saya macam marah dekat diri sendiri sebab macam tak buat yang terbaik waktu temuduga. I blame myself. ye la saya dapat matriks tapi saya tolak sebab nak masuk IPG, saya dapat KPM (kolej profesional mara di beranang) saya tolak juga sebab nak masuk IPG, KPTM juga saya tolak sebab nak masuk IPG. Hm... dan bila saya tahu yang saya gagal untuk ke IPG. saya redha dan saya yakin mesti ada hikmah semua benda ni berlaku.....
saya pun akhirnya ke uitm dan mengambil bidang sains komputer. Nak cakapnya, Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita ni yang kena banyak bersyukur dan buka mata terhadap apa yang telah diberikan. They say "bila kau bersyukur Allah swt akan tambah lagi nikmat buat kau".

..........................
Alhamdulillah saya bersyukur dengan bidang yang saya ambil sekarang. YA memang mencabar tapi Kena Yakin yang Kau Boleh!
..........................
sekian,
nothing is impossible for a willing heart 💗